Makanan organik diperbuat mengikut piawaian pengeluaran tertentu, iaitu ditanam tanpa penggunaan racun pesorak dan baja buatan manusia, maka bebas dari pencemaran akibat sisa manusia atau industri, serta diproses tanpa sinaran pengion ataupun bahan tambahs. Haiwan ternakan pula perlu diternak tanpa selalu menggunakan antibiotik dan langsung tidak menggunakan hormon pertumbuhan, sebaliknya sentiasa disuap makanan yang sihat. Di kebanyakan negara, hasil organik tidak boleh diubah suai genetik.
Pengeluaran makanan organik ialah sebuah industri yang terkawal
ketat, berbeza dari penanaman persendirian. Kini, Kesatuan Eropah,
Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan lain-lain negara mewajibkan
pengeluar mendapatkan pensijilan khas untuk memasarkan makanan mereka sebagai organik dalam lingkungan sempadan negara tersebut.
Menurut sejarah, pertanian organik diusahakan dalam ladang kecil milik keluarga, oleh itu makanan organik ketika dahulu hanya didapati di kedai kecil atau pasar tani.
Namun begitu, sejak awal 1990-an, pengeluaran makanan organik mencapai
kadar pertumbuhan sekitar 20% setahun di negara maju dan membangun, jauh
di hadapan seluruh industri makanan. Pada bulan April 2008, makanan
organik merangkumi 1-2% jualan makanan sedunia.
|